Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan terpengaruh dengan berita hiv di produk pepsi , tropicana juice , slice , 7up, dll..


isu Pepsi, Coca cola dan Tropicana dijangkiti virus HIV seperti sms di bawah?

Untuk beberapa hari yg akn dtg . Jangan ambil/minum/beli minuman dari mana2 produk syarikat Pepsi sprti PEPSI , TROPICANA JUICE , SLICE , 7UP , COCA COLA dan lain2 kerana ada pkerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yg tercemar dgn HIV . Berita ini keluar di Berita TV 7 . Tolong 4ward kpd rkan2 yang lain !!

Jangan terpengaruh,,!!  "baca artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas":-

Benarkah Seorang Pekerja Pepsi Telah Menambah Darahnya yang Tercemar Dengan HIV ke Dalam Minuman Pepsi?

Facebook / SMS: DEsember 2011.

SMS yang mengatakan kononnya terdapat seorang pekerja PEPSI telah manambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman PEPSI sedang tersebar dengan meluas di dalam Internet. Versi English sms ini telah lama tersebar di India sejak beberapa bulan Juli …lalu.

Perkara yang melucukan tetapi harus diterangkan kerana pengguna internet dan telepon yang terdedah kepada sms ini adalah terdiri daripada berbagai lapisan umur dan masyarakat. Mereka mempunyai pemikiran yang berbeda-beda mengenai sesuatu isu. Ada yang berfikiran pendek dan mudah percaya dan ada yang berfikiran kritikal dan tidak mudah terpedaya dengan sesuatu berita yang tidak berasas.

Oleh kerana itu kami ikut mendapati ada orang yang termasuk dalam “Golongan Profesional” ikut sama menyebarkan kabar angin ini, maka kami berpendapat bahawa menulis sesuatu tentang perkara ini adalah BOHONG. Berikut adalah komen kami tentang kabar angin ini.

1. Berita Baik. HIV tidak akan dapat hidup di luar tubuh badan manusia, apa lagi di dalam tin Pepsi. Jadi, jika benar pun cerita ini, anda tidak perlu takut dijangkiti HIV gara-gara meminum Pepsi.

2. Tidak ada isu resmi dari mana pihak berkuasa sama ada di dalam manapun di luar negeri mengenai kabar angin ini. Ini menunjukkan bahawa kabar angin ini merupakan kabar angin semata-mata dan tidak berasas.

3. Jika benar masalah ini berlaku, sudah tentu Pepsi telah membuat kenyataan rasmi mengenai masalah ini dan menarik balik dari mana-mana keluarannya yang dikhuatirkan tercemar dengan darah pekerja penghidap HIV. Syarikat multinasional sebesar Pepsi mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk menangani perkara-perkara seperti ini.

4. Syarikat sebesar Pepsi juga tidak mungkin akan dapat menyembunyikan masalah ini jika ini benar. Selain dari standar kontrol kualitas internal yang ketat, Pepsi juga tidak akan terlepas dari Audit Kualitas dan Audit Sosial dari berbagai pihak luar termasuk organisasi pemerintah, NGO dan organisasi sosial yang lain jika sesuatu hal seperti ini terjadi.

5. Banyak berita-berita karut dan tidak berdasar seperti ini pernah disebarkan dan terbukti tidak benar. Ada angenda-angenda bisnis maupun publisitas murahan yang menyebabkan penyebaran rumor seperti ini.

Kesimpulan:

Jangan mubazirkan pulsa maupun waktu Anda untuk menyebarkan berita-berita gosip yang bisa merendahkan pandangan orang lain terhadap daya pemikiran Anda meskipun Anda melakukannya karena Anda menyayangi orang tersebut. (walaupun sms gratis)

Jadi kesimpulannya, jangan cepat percaya pada rumor yang seperti ini

SUMBER